Saturday, September 29, 2007

SeJarAh PeNubUhaN PALAPES UiTM

Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Dewan Latehan RIDA, kemudian Maktab MARA sehingga 1968, seterusnya Institut Teknologi MARA (ITM) dan pada 26 Ogos 1999 nama ITM telah ditukar kepada Universiti Teknologi MARA oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Muhamad, Perdana Menteri Malaysia.

Latihan ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk di Universiti Teknologi MARA mula diperkenalkan melalui Unit Askar Wataniah dengan penubuhan Batalion Infantri pada tahun 1965 bermula di Universiti Malaya dan diperluaskan di Universiti Teknologi MARA (ITM ketika itu) dengan penubuhan Batalion Infantri ITM pada 01 Jan 1971.

Selepas beberapa perbincangan dijalankan selepas itu, pada 07 Feb 1980, Batalion Infantri yang terdapat di Universiti Teknologi MARA telah dibubarkan dan PALAPES Darat UiTM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 06 Mac 1980 melalui Surat Kuasa FED (M)/4141/1/80 (AW) bertarikh 06 Mac 1980.

Pengambilan pada bulan Jun 1997, program PALAPES Laut (PSSTLDM) telah dimulakan dengan kumpulan pertamanya seramai 40 orang pegawai kadet ditawarkan kepada mahasiswa/i di Kampus Shah Alam. Sementara pada bulan Jun 2003 pula, program PALAPES Udara (PSSTUDM) telah memulakan pengambilan sulungnya seramai 40 orang pegawai kadet. Pada peringkat awal PALAPES Udara cuma dilaksanakan di Kampus UiTM Shah Alam dan kemudiannya diperluaskan pengambilannya di Kampus UiTM Sarawak pada Jun 2004.

No comments: