
Penglibatan dan kesungguhan untuk memasak bubur lambuk dan dodol oleh setiap pelajar menyebabkan setiap kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Aktiviti sebegini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara anggota badan beruniform selain dapat membuat amal ibadat. Hasil masakan tersebut juga akan diagihkan kepada pelajar UiTM dan juga rumah anak-anak yatim yang terletak di seksyen 2.
Majoriti kerja memasak dapat dilaksanakan dengan sempurna dari awal dengan pemglibatan semua pelajar. Walaupun berpuasa, kami semua dapat menahan dugaan apabila berjaya melawan kepanasan api untuk mengacau dodol sehingga masak. Bilangan pelajar yang ramai memudahkan untuk mengacau kerana ianya memerlukan kesabaran seseorang.
Akhirya setelah berpenat dari awal pagi sehingga lewat petang, dodol dan bubur lambuk dapat dimasak dengan jayanya oleh pelajar-pelajar ini. Pengalaman seperti ini mengajar aku untuk mematangkan diri setelah mennyertai Palapes. Aku sangat menghargai pengalaman ini dan juga pengalaman ketika di medan, padang kawad, lapang sasar dan sebagainya dalam batch ke 27 ini.Kini,aku telah pun menjadi senior setelah berjaya melepasi peringkat intermediate dan juga junior. InsyaAllah, aku juga akan ditauliahkan sebagai seorang Leftenan Muda pada tahun depan yang bakal diadakan di Universiti Malaysia Sabah.